Bagaimanakah Cara Mengatasi Jerawat, Jeragat dan Bintik-bintik Hitam?

Bagaimanakah Cara Mengatasi Jerawat, Jeragat dan Bintik-bintik Hitam?

Apakah itu Jeragat atau Hiperpigmentasi?

Istilah lebih popular pada ketika ini adalah hiperpigmentasi - yang merupakan satu keadaan di mana kulit menghasilkan melanin berlebihan. Melanin merupakan sejenis pigment yang menghasilkan warna kulit dan merupakan proses semulajadi pertahanan kulit. Walaubagaimapun disebabkan faktor-faktor lain, penghasilan pigment ini boleh terjadi secara berlebihan dan menyebabkan keadaan tona kulit menjadi terlebih gelap yang menyebabkan terhasilnya bintik-bintik hitam, parut gelap atau biasa yang kita kenali sebagai jeragat.

Jenis-jenis Hiperpigmentasi

Terdapat beberapa jenis hiperpigmentasi - yang kebiasaannya terjadi adalah seperti melasma, Agespots (tompok usia), dan Post-Inflammatory Hiperpigmentasi (Pigmentasi berlebihan pasca keradangan).

Melasma - kebiasaan berlaku disebabkan perubahan hormon dan boleh berlaku semasa kehamilan. Boleh muncul di mana-mana bahagian badan tetapi sering muncul di perut dan muka.

Tompok Usia - atau dikenali juga sebagai sunspots merupakan hiperpigmentasi yang biasa berlaku disebabkan pendedahkan kepada sinar matahari yang berpanjangan. Biasa akan muncul tompok-tompok gelap pada kawasan yang yang terdedah kepada sinar matahari seperti muka, tangan dan kaki.

Hiperpigmentasi pasca keradangan (PIH) - berpunca daripada kecederaan atau keradangan pada kulit seperti luka dan jerawat.

Hiperpigmentasi atau jeragat juga boleh berlaku disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat anti-malaria dan antidepresan. 

Namun, keadaan biasa yang sering kita terlepas pandang adalah hiperpigmentasi yang berlaku disebabkan bahan-bahan daripada krim penjagaan muka yang mengandungi bahan-bahan terlarang dan digunakan tanpa nasihat pakar seperti hydrokuinone atau merkuri.

Apakah Cara-cara Mengatasi Hiperpigmentasi?

Mulakan dengan 2 cara ini;
1. Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari berpanjangan - dengan memakai pelindung suria (UV SPF cream)
2. Henti memicit kulit yang sedang keradangan dan jerawat bagi mengelakkan pembentukkan tompok lebih gelap.

Merawat* dengan 2 cara ini;
1. Rawatan topikal atau penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan yang dapat mengurangkan penghasilan melanin berlebihan.
2. Rawatan professional terapi seperti laser, chemical peel, microdermabrasion dan lain-lain*Dapatkan nasihat pakar untuk maklumat lebih tepat.

Artikel ini akan memfokuskan kepada kaedah topikal atau rutin penjagaan kulit.

Gabungan Niacinamide + Vitamin C dan Alpha Arbutin + Silver Vine dapat mengatasi hiperpigmentasi.

KEY INGREDIENTS TABLE-01.jpgCadangan Produk

1. Hollaface Pore Clarifying Brightening Serum | RM 34.90

PCB.jpg

2. Hollaface Brightening Concentrate Glow Serum | RM 69.90

BCG.jpg

3. COMBO SET : Brightening Booster Duo | RM 94.90

PENHANTARAN PERCUMA-02.jpg

Apa Kata Pengguna Hollaface?