Apabila usia kita meningkat, kulit kita akan kehilangan keremajaannya dan keanjalannya kerana kekurangan asid Hyaluronik yang bertanggungjawab terhadap kandungan air yang tinggi di dalam kulit. Penuaan kulit adalah proses yang sangat kompleks yang boleh dibahagikan secara ringkas kepada 2 mekanisme iaitu secara dalaman (secara biologi) dan luaran (seperti pendedahan kepada sinar violet (UV)). Dalam panduan ini, kami cuba memberi anda panduan lengkap tentang bagaimana anda boleh melambatkan proses ini.
Apakah itu Asid Hyaluronik?
Asid Hyaluronik secara teknikalnya ialah sekumpulan gula yang dipanggil polisakarida yang merupakan sejenis gumpalan rantaian panjang terdiri daripada gabungan unit asid glukuronik dan asetil glukosamin. Sebagai sejenis glikosaminoglikan (GAG), ia membantu mengikat GAG lain, kolagen dan elastin yang merupakan sebahagian daripada bahan-bahan kompleks yang membina matriks ekstraselular (extracelullar matriks)(ECM). ECM adalah ibarat gam yang menyatukan sel-sel kita dan asid Hyaluronik ialah komponen utama gam antara sel ini. Tambahan pula, matriks ekstraselular (ECM) memainkan peranan utama bukan sahaja dengan memberikan sokongan fizikal kepada sel tetapi ia memberi kesan besar kepada fungsi sesebuah sel itu. Dalam istilah yang lebih mudah melibatkan kulit kita, ECM menentukan keadaan fizikal kulit dan fungsi sel kulit.
Mengapa Asid Hyaluronik penting dan peranannya dalam Penuaan Kulit?
Asid Hyaluronik ialah humektan yang menyerap kelembapan dari persekitarannya dan memacu kelembapan itu ke dalam kulit. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menahan 1000x beratnya di dalam air. Kira-kira 50 peratus daripada jumlah Asid Hyaluronik yang terdapat dalam badan kita terdapat di dalam kulit. Namun, semakin meningkat usia kita kehilangan sekitar 70-80% Asid Hyaluronik dalam kulit. Oleh kerana Asid Hyaluronik ialah molekul utama ECM, apabila kita kekurangan Asid Hyaluronik, sel-sel kulit tidak lagi dapat menampung air yang mencukupi dan menyebabkan kemerosotan kolagen dan elastin. Hal ini menyebabkan kulit hilang keanjalannya dan seterusnya menjadi kendur, penampakkan garis-garis halus dan kedutan.
Apakah itu Serum Asid Hyaluronik?
Serum Asid Hyaluronik ialah Asid Hyaluronik berkepekatan tinggi, biasanya 1-2% digunakan secara topikal pada kulit untuk meningkatkan penghidratan dan kelembapan kulit. Ia adalah serum yang wajib ada dalam mana-mana rutin penjagaan kulit bagi melawan penuaan kulit.
Sebelum ini, serum Asid Hyaluronik hanya mampu melembapkan permukaan kulit kerana saiz molekul yang besar dan tidak dapat menembusi lapisan kulit yang lebih dalam sekali gus mengurangkan keupayaan serum untuk memperbaiki penampilan garis halus dan kedutan.
Namun kini, dengan kemajuan teknologi formulasi terdapat Asid Hyaluronik yang mempunyai saiz molekul yang lebih pelbagai dan kecil yang membolehkan ianya meresap jauh ke dalam kulit. Asid Hyaluronik yang mempunyai saiz molekul besar membentuk lapisan filem pada permukaan kulit dan menghalang kehilangan air, manakala Asid Hyaluronik bersaiz kecil menembusi pelbagai lapisan epidermis memberi kelembapan yang seimbang. Keseimbangan ini menguatkan benteng ketahanan kulit (skin barrier) dan seterusnya mengekalkan keanjalan kulit menyebabkan kulit kelihatan sihat dan muda.
Selain itu, tahukah anda apabila kulit kita mempunyai kelembapan yang seimbang dan tekanan osmotik yang seimbang - keadaan ini dapat menyumbang kepada penyerapan bahan aktif lain seperti Vitamin C, Retinol, Alpha-arbutin dan lain-lain dengan lebih mudah.
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Hollaface 1.5% Hyaluronic Acid + Snow Mushroom Hydra Concentrate Serum Youth
Tidak semua serum Hyaluronic Acid dicipta sama. Hollaface menawarkan serum Asid Hyaluronik yang berinovasi terkini dengan hasil yang menyakinkan. Berikut adalah 5 sebab :
1) Kepekatan Asid Hyaluronik kami yang tertinggi untuk hasil yang menyakinkan
Serum Hollaface Hydra Concentrate Youth dirumus dengan kepekatan 1.5% Hyaluronic Acid yang terbukti memberikan hasil yang berkesan.
2) Diformulasi dengan 4 Jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan sebenar
Formulasi 4 jenis asid Hyaluronik yang mempunyai pelbagai saiz molekul menghasilkan satu rangkaian 3D yang dapat melonjakkan kelembapan pada setiap lapisan kulit justeru memberi hidrasi serta-merta dan berpanjangan untuk kulit kelihatan lebih gebu, sihat dan muda.
3) Supercharged dengan Cendawan Tremella untuk kulit kelihatan gebu
Ini adalah bahan unik yang pasti akan mengujakan anda! Cendawan Tremella berfungsi hampir sama seperti Asid Hyaluronik kerana ia mempunyai keupayaan untuk ‘mengikat’ air dan kelembapan seperti rupa fizikalnya yang seperti ‘sponge’. Apa yang menarik tentangnya adalah cendawan Tremella ini secara semulajadi mempunyai saiz molekul yang kecil yang bermakna ia mampu menembusi jauh ke dalam kulit dengan mudah. Gabungan Tremella Snow Mushroom dan 4 jenis Asid Hyaluronic dalam formulasi serum berfungsi secara sinergi untuk mengekalkan kandungan air yang tinggi dalam kulit menghasilkan kulit yang gebu secara semula jadi dan kelihatan muda.
4) Diperkasa dengan 5% Niacinamide untuk menguatkan benteng ketahanan kulit (skin barrier)
Kami di Hollaface tidak pernah berasa cukup mempromosikan kuasa 5% Niacinamide - ia adalah bahan aktif yang versatil yang diyakini keberkesanan dalam produk-produk penjagaan kulit. Baca 101 Panduan tentang Niacinamide di sini
5)Penyerapan serum yang sangat mudah bersama aroma mewah lagi segar nektar Bunga Chrysanthemum
Hydra Concentrate Youth Serum dirumus khas dengan ekstrak Wild Chrysanthemum (Bunga Kekwa) untuk memberikan pengalaman mewah yang menenangkan pada rutin penjagaan kulit siang dan malam anda. Serum ini secara tidak konvensional dirumus tanpa menggunakan ‘gum’ supaya anda berasa selesa sepanjang hari tanpa rasa melekit atau merimaskan.
Apakah cara penggunaan Serum Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum Asid dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda?
Diharap panduan ini telah dapat memberikan anda pengetahuan menyeluruh mengenai Asid Hyaluronik. Maka tiba masanya untuk anda menggunakan serum Asid Hyaluronik dalam rutin penjagaan kulit anda. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah kuasa Asid Hyaluronik terletak pada keupayaannya untuk menahan dan menarik air. Jadi apabila menggunakan serum Asid Hyaluronik, adalah penting untuk membekalkan 'air' sebelum dan selepas penggunaan serum untuk keberkesanan yang terbaik. Contoh rutin penjagaan kulit yang sesuai adalah seperti :
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang tentang Serum Asid Hyaluronik kami dan rutin penjagaan terbaik bagi kulit anda? Chat dengan kami di whatsapp