Click here to read in English.
Ini adalah beberapa langkah mudah bagaimana anda boleh memperoleh hasil kulit berseri setiap kali anda bangun dari tidur.
Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa walaupun anda sudah cukup tidur, minum air secukupnya dan mengamalkan diet yang sihat tetapi atas sebab tertentu keadaan kulit masih kusam dan kering? Jadi mengapakah begitu? Saat inilah rutin penjagaan kulit memainkan peranan yang penting untuk membantu kulit anda mendapatkan nutrisi yang diperlukan dan seterusnya memberikan kulit anda kelihatan sihat berseri. Secara tuntasnya, konsepnya mudah, kulit sihat berseri adalah hasil daripada rutin penjagaan kulit yang membekalkan kulit dengan ramuan mencerahkan, menyerikan dan melembapkan.
Rahsianya adalah rutin penjagaan kulit pada waktu malam yang kami namakan Night Glow Remedy, rutin ini benar-benar menghasilkan perbezaan yang ketara!
Langkah 1: Amalkan serum dengan bahan penambah cerah dan seri.
Serum adalah kaedah terbaik untuk membekalkan kulit dengan bahan-bahan aktif berkonsentrasi tinggi yang dapat memberikan hasil yang cepat dan berkesan. Beberapa bahan penambah cahaya dan seri yang sangat terkenal untuk dicari adalah Niacinamide, Vitamin C, Alpha Arbutin dan Silver Vine.
Niacianamide: vitamin larut dalam air yang membantu mengurangkan hiperpigmentasi, mengurangkan bintik-bintik gelap dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Cari kepekatan 2-5% untuk keberkesanan terbaik.
Vitamin C: antioksidan yang mencerahkan kulit dengan menyekat enzim yang menghasilkan pigmen. Vitamin C juga meningkatkan pengeluaran kolagen.
Alpha Arbutin: antioksidan yang mencerahkan tona warna kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi dengan menghalang pengeluaran melanin. Banyak kajian menunjukkan Alpha Arbutin pada konsentrasi 2% dapat memberikan hasil yang optimum dan selamat.
Silver Vine: tumbuhan yang berasal daripada Jepun ini dapat mencerahkan dan meningkatkan seri kulit muka ibarat kulit seperti memantulkan cahaya bersinar (improve skins translucency). Ekstrak Silver Vine berperanan menghalang satu proses yang dikenali sebagai protein carbonylation yang merupakan antara faktor kulit kusam.
Produk yang Disyorkan: Hollaface Brightening Concentrate Glow Serum - mengandungi booster power-duo 2% Alpha Arbutin dan Silver Vine. Ia juga mengandungi Chamomile dan Allantoin untuk membantu mengurangkan keradangan dan menenangkan kulit yang kemerahan. Serum ini juga adalah alternatif terbaik bagi mereka yang sensitif terhadap serum yang mempunyai vitamin C sebagai bahan aktif.
Langkah 2: Hidrat dan lindung kulit dengan pelembap bebas minyak
Pelembap adalah langkah terakhir dan paling penting dalam memastikan kulit mendapat penghidratan yang mencukupi. Ini penting dalam mendapatkan kulit yang sihat berseri kerana penghidratan memastikan fungsi kulit pada tahap yang optimum, membantu menghilangkan kekusaman dan kekeringan. Cari pelembap yang kaya dengan antioksidan serta bahan penghidratan seperti Saccharide Isomerate, Glycerin dan Hyaluronic acid.
Saccharide Isomerate: humektan yang berasal dari tumbuhan untuk membantu mempromosikan pengeluaran semula jadi asid Hyaluronik, kajian menunjukkan saccharide isomerate meningkatkan pengeluaran asid hyaluronik sehingga 66%.
Gliserin: humektan yang membantu memerangkap dan menjaga kelembapan dari udara sekitarnya.
Asid Hyaluronik: humektan yang meningkatkan pengekalan kelembapan kulit dengan mengikat hingga 1000 kali beratnya sendiri dalam air untuk penghidratan yang tahan lama.
Namun, sering kali agak sukar untuk mencari pelembap yang sesuai dengan jenis kulit yang tidak akan menyebabkan kulit anda naik jerawat dan tidak menyebabkan rasa kulit berminyak. Semasa mencari pelembap yang tepat, rahsianya adalah lebih baik mencari pelembap yang mesra iklim dan tidak menyumbatkan liang pori. Ini bermaksud menjauhkan kulit dari bahan-bahan seperti minyak, silikon dan pencetus jerawat kulat (fungal acne).
Produk yang Disyorkan: Hollaface SuperJoost Glow Lightweight Moisturiser (bebas minyak) - Pelembap gel yang benar-benar ringan dan tidak berminyak yang mengandungi campuran Niacinamide, Camu-Camu Berry, Teh Hijau dan lebih daripada 10 antioksidan. Ini bukan sahaja dapat menjadikan kulit anda terhidrat, tetapi juga melindungi kulit anda daripada kerosakkan radikal bebas dan mengurangkan bakteria penyebab jerawat. Formulasi bebas minyak dan silikon menjadikannya pelembap ini mesra dengan iklim di Malaysia yang memastikan kulit anda sentiasa terhidrat tanpa membuat anda berasa berminyak.
Klik di sini untuk membuat Pembelian: Hollaface Brightening Concentrate Glow Serum
Klik di sini untuk membuat Pembelian: Hollaface Superjoost Glow Lightweight Moisturiser
Klik di sini untuk membuat Pembelian Night Glow Remedy Duo untuk jimat RM4.90 + dan Penghantaran Percuma : Hollaface Night Glow Remedy
Apa Kata Pembeli kami setelah menggunakan Night Glow Remedy Duo